Ikan keli adalah sejenis ikan air tawar yang dahulunya hanya dapat ditemui di kawasan-kawasan sawah padi dan sungai. Secara faktanya, ikan keli banyak terdapat di negara-negara ASEAN khususnya di Malaysia. Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.Kini ikankeli@sembilang ini diternak secara komersial bagi memenuhi permintaan yang semakin tinggi dari dalam dan luar negeri. Ikan keli merupakan ikan yang tahan lasak dan fleksibel dari segi pemakanan. Ia boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan air dan mampu hidup di atas darat tanpa air asalkan kulitnya sentiasa basah. Ikan keli tidak cerewet dan kerana sifatnya yang kuat makan menjadikannya membesar dengan cepat.Ciri-ciri ikan keli :-- berbadan licin- tidak bersisik seperti kebanyakan ikan- mempunyai sengat yang berbisaIkan ini boleh dipelbagaikan secara komersil menjadi :-- Ikan salai- Sardin- Bebola ikan- SerundingContohnya negara Thailand memproses ikan keli menjadi sardin untuk dieksportIkan keli amat digemari ramai kerana keenakkan isinya yang lembut dan sedap. Antara masakan yang boleh dipelbagaikan ialah :-- Ikan digoreng terlebih dulu dan di siramkan cili ke atasnya- Ikan dibakar dan dicicah dengan air asam- Asam pedas, kari/gulai- Ikan dibakar terlebih dulu dan dimasak lemak cili apiTernakan Ikan Keli@Sembilang Darat di Taiping, Perak Darul Ridzuan 01:09:00 oleh Temeris Aqua Cultre Farm Padam
TEMERIS AQUACULTRE FARM DITUBUHKAN PADA 4NOVEMBER 2008,KAMI MENJALANKAN AKTIVITI PERTERNAKKAN.BUAT MASA INI KAMI MULAKANDENGAN AKTIVITI TERNAKKAN IKAN,KAMI JUGA MENJUAL PELBAGAI JENI IKAN ANTARA NYA KELI,TALAPIA PUYU BAUNG,DAN LAIN-LAIN.KAMI JUGA MENJUAL ANAK IKAN DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN.BENIH IKAN KAMI BERMUTU TINGGI.KEPADA YANG INGIN MEGETAHUI LEBIH LANJUT SILA HUBUNGI KAMI DI 0146621300(ABOT)0133971049(YATI)